fbpx

Resepi Sambal Kicap Johor Yang Padu. Boleh Tahan Berbulan-Bulan Dalam Peti Ais.

iCookAsia

Cara hidang Pisang Goreng, Tempe Goreng, Tauhu Goreng dan bermacam-macam lagi yang dicicah dengan Sambal Kicap ini memang menjadi kegemaran orang Johor. Yang bukan orang Johor pun dah terikut-ikut. Ada yang rasa ini pelik, tapi sebenarnya sangat sedap! 

Jom buat? Buat banyak boleh simpan lama di peti ais. 

Terima kasih Nur Qaseh untuk perkongsian resipi Sambal Kicap ini 🙂

Bahan-bahan:

Lada cili burung 1 genggam

Bawang putih 5 ulas

bawang goreng 1 genggam

Kicap Kipas Udang 

Chicken stock 1 sudu

Gula perang 5 sudu

Perahan limau 5 biji

Cara membuat:

  1. Goreng lada cili dan bawang putih hingga layu. Guna minyak sedikit sahaja ya. Angkat dan toskan minyak.
  2. Kemudian ambil pengisar dan masukkan kicap dalam 1 cawan, lada cili dan bawang putih yang digoreng tadi, bawang goreng, chicken stock, gula perang, perahan limau.
  3. Selepas itu, kisar hingga lumat.

*Kepekatan sambal itu bergantung pada anda. Nak cair boleh, nak pekat boleh. 

  1. Boleh simpan dalam tupperware, masuk peti ais boleh tahan berbulan-bulan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Qaseh (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x