Rakyat Malaysia memang gemarkan sambal. Sambal gesek, sambal penyet, sambal belacan, termasuklah sambal kicap. Sambal kicap memang popular kerana boleh dimakan dengan berbagai jenis makanan, nak makan dengan tahu bergedil ke, soto ke, mi sup ke, macam-macam lagilah. Terdapat beberapa cara untuk membuat sambal kicap ini. Ini salah satu resepi ibu sambal kicap awesome, yang saudari Afy AL Habibi kongsikan.
Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome
BAHAN-BAHAN
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis
2 sudu kicap pekat
Gula
Garam
CARA-CARA
1. Goreng cili padi & bawang putih.
2. Masukkan bahan goreng ke dalam pengisar. Tambahkan kicap menutupi paras bahan tadi.
3. Perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa. Kisar. Siap.
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
– Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Selamat mencuba!
Bagi mendapatkan produk dan perkakas memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.com/