Hidangan Nasi Ayam Penyet ini sangat popular pada rakyat Malaysia. Banyak juga kedai, terutama nya kedai di tepi jalan yang jual nasi ayam penyet ni. Kalau buat sendiri sambal ni di rumah pasti lagi puas kan?
Terima kasih Wani Kitchen untuk perkongsian resipi Sambal Penyet Mabeless ini 😀
Bahan-bahan:
Cili Merah Besar
Cili Merah Kecil
Bawang Merah
Bawang Putih
Tomato
Belacan Bakar
Gula Merah
Maggi Cukup Rasa
Air Perahan Limau Kasturi
Cara membuat:
1. Goreng cili merah besar, cili merah kecil, bawang merah, bawang putih dan tomation dengan minyak sehingga layu.
2. Kemudian, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung bersama belacan yang telah di bakar. Tumbuk kasar dan hingga hancur.
3. Selepas itu, masukkan gula merah, maggi cukup rasa dan air perahan limau kasturi dan gaul sebati.
4. Panaskan semula minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi. Masukkan sambal yang dah siap di tumbuk sebentar tadi dan goreng seketika.
5. Sambal Ayam Penyet siap untuk dihidang!
Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: resepi_dapur_cikwani (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/