fbpx

Resepi Sambal Penyet Padu! Kalau Alah Dengan Belacan, Boleh Gantikan Dengan Ikan Bilis.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak makan Nasi Ayam Penyet kan? Admin pasti ramai yang gemar akan hidangan ni. Sesuai dijamu pada waktu tengahari. Kalau anda biasa beli diluar dan masih tak jumpa yang sedap lagi, boleh cuba resepi perkongsian di bawah ini. 

Kalau dah mahir nanti, boleh buat jualan atau buat je stok banyak-banyak seperti seorang pengguna Facebook ini. Senang dan mudah kerja kita. Kalau nak buat banyak, anda boleh gandakan sahaja bahan yang digunakan ini. Jom cuba!

Terima kasih Izeliwani Haji Ismail untuk perkongsian resipi Sambal Penyet ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji Tomato 

3 biji Lada / cili merah

15 biji Cili padi

2 biji Bawang merah

1 ulas Bawang putih

Sejemput ikan bilis/ belacan 1 inci

Gula melaka / nise

Gula merah

Gula pasir

Garam

*Sukatan ikut selera tekak masing-masing. 

Cara membuat:

  1. Basuh, bilas dan toskan semua bahan.
  2. Patah-patahkan dan hiriskan lada / cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan  goreng seketika.
  3. Masukkan pula ikan bilis, gaul seketika dan akhir sekali masukkan tomato.
  4. Tumbuk kesemua yang telah digoreng tadi (jika sikit), potong kasar-kasar atau kisar tanpa air (boleh juga masukkan sikit minyak gorengan tadi).
  5. Goreng semula untuk kali kedua, tambah bahan perisa jika suka. Masak hingga pecah minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Izeliwani Haji Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x