fbpx

Resepi Sambal Singapore, Renyah Nak Buat Tapi Hasilnya Memang Puas Hati!

iCookAsia

Ada yang pernah dengar Resepi Sambal Goreng Singapore? Macam sedap kan ada macam-macam bahan. Peminat sambal mesti suka resepi ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurulhuda Yaakub atas perkongsian resipi Sambal Singapore ini 😊

 

Bahan-bahan:
1 genggam cili kering segenggam (rebus, cuci & tos)
8 biji bawang besar
8 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 barang serai
2 kotak kecil santan
1/2kg daging lembu (rebus hingga empuk, potong kecil)
1/2kg udang basah
10 keping tempe (potong dadu)
10 keping tauhu (potong dadu)
20 tangkai lada merah basah (hiris nipis)
Gula melaka secukupnya
Air asam jawa secukupnya
3 sudu besar bawang merah goreng
Mushrooms seasoning secukupnya
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak secukupnya

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama dengan bawang besar, bawang putih, halia juga lengkuas. Ketepikan.
2. Goreng tempe hingga masak keperengan. Ketepikan.
3. Goreng tauhu hingga masak keperangan. Ketepikan.
4. Goreng udang basah dalam 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
5. Goreng lada basah merah.
6. Dalam kuali lain, panaskan minyak secukupnya. Masukkan serai yang telah diketuk terlebih dahulu.
7. Masukkan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan sebati mesra hingga terbit minyak.
8. Masukkan gula melaka. Gaul rata kemudian masuk air asam jawa.
9. Masukkan daging. Gaul rata.
10. Masukkan santan. Gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit. Kacau hingga santan mula menggelegak dan mendidih. Masuk mushroom seasoning dan garam. Boleh adjust tambah lagi air asam jawa dan gula ikut keperluan. Kacau hingga santan sedikit kering.
11. Masukkan udang. Gaul rata. Kemudian masukkan tempe dan tauhu. Gaul rata. Last masukkan bawang goreng. Gaul rata sekejap. Tutup api.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Nurulhuda Yaakub (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x