fbpx

Resepi Sambal Tomato Yang Sedap Dan Pedas Berapi. Confirm Satu Sudu Tak Cukup!

iCookAsia

Orang melayu ini memang tak boleh hidup tanpa masakan pedas. Terutamanya hidangan sampingan Sambal Belacan. Wajib ada pada setiap hidangan kita tu. 

Tetapi pernahkah anda cuba Sambal Tomato? Rasa yang pedas dan sedikit masam memang betul-betul ‘ngam’ tau! Rugi ni tak cuba. Jom buat!

Terima kasih Shiela Ramli untuk perkongsian resipi Sambal Tomato ini 🙂

Bahan A :

7 biji cili padi hijau

7 biji cili keriting hijau

5 biji cili padi merah

5 biji cili keriting merah

1 biji buah tomato merah

5 biji bawang merah

Bahan B:

Garam

Gula 

2 sudu masak air limau kasturi

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan A hingga layu.
  2. Masukkan dalam lesung batu dan tambahkan garam dan gula. Uli hingga sedikit hancur.
  3. Akhir sekali, masukkan air perahan limau kasturi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shiela Ramli (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x