Musim sekarang ramai yang mula mencari pendapatan tambahan. Resepi sandwich telur ni, kalau buat memang sangat sedap dan mesti laku. Boleh cuba untuk yang baru nak belajar.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zaky Mat Ali atas perkongsian resipi Sandwich Telur ini 😊
Bahan-bahan:
Roti
Telur (direbus)
Salad
Tomato (dihiris)
Sosej
Mayonis
Sos cili
Serbuk lada hitam
Mentega
Cara-cara:
1. Gorengkan sosej. Gaulkan dengan mayonis, sos cili dan, serbuk lada hitam.
2. Hancurkan telur dan gaulkan dengan mayonis.
3. Sapukan mentega pada roti.
4. Letakkan telur. Kemudian letakkan kepingan tomato. Tutupkan dengan roti.
5. Lapiskan salad, sosej dan telur.Tutup dengan roti dan cucuk dengan pencungkil gigi di hujung roti.
6. Hiris tepi kulit roti dan potong mengikut bentuk segi tiga. Buang pencungkil gigi dan sedia untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Zaky Mat Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity