Siapa peminat durian kat sini? Sekarang kan musim durian, mesti ramai yang beratur beli durian kan, dengan pelbagai jenis durian lagi. Durian ni bukan setakat makan macam tu je tau, macam-macam juadah yang kita boleh buat. Yang penting, sedap. Tengok warna durian yang kekuningan tu pun dah berjaya memikat hati pencinta durian di luar sana. Kali ni, Admin nak share dengan korang satu resepi untuk buat kuih tapi berasaskan durian. Jom!
Terima kasih Nor Al Fatihah untuk perkongsian resipi Seri Muka Durian ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Lapisan bawah pulut):
2 cawan beras pulut (Di rendam di dalam air selama 4 jam dan toskan)
2 cawan santan
2 sudu teh garam halus
Bahan B (Durian):
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna kuning
Cara penyediaan:
- Untuk lapisan bawah (pulut), sapu loyang bersaiz 10” dengan minyak dan alaskan plastic wrap. Sekalikan beras pulut, santan dan garam. Kacau sehingga rata. Kemudian, kukus selama 30 minit atas api yang sederhana.
- Setelah pulut masak, gembur-gemburkan adunan tadi. Kemudian,ratakan dan tekan pulut sehingga padat.
- Untuk lapisan atas (durian), satukan semua bahan. Kisar sehingga halus. Seterusnya, masak di atas api kecil sehingga naik wap sahaja.
- Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit atas api yang sederhana kecil. Balut penutup pengukus dengan tuala untuk mengelakkan wap air menitik di atas kuih tersebut. Selepas itu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin dan kering daripada air.
- Sejukkan ia selama 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang dan potong dengan pisau plastik yang di sapu dengan sedikit minyak untuk mendapatkan potongan yang kemas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos