Anda penggemar sayur Taugeh? Biasa masak goreng biasa kan? Jom Admin kongsikan resepi idea yang berlain untuk anda nikmati Taugeh cara lain dan ditambah sekali bersama Udang. Nak tahu apa rasa? Jom cuba!
Terima kasih No Or untuk perkongsian resipi Taugeh & Udang Masak Lemak ini 🙂
Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana besar
1 mangkuk sedang taugehÂ
1/2 pek santan kotakÂ
1 cawan air
1 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
- Bersihkan udang dan kemudian bersihkan taugeh.
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah. Dah wangi masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan udang, gaul rata. Kemudian masukkan taugeh. Kacau rata.
- Masukkan air dan santan. Kacau dan gaul rata. Biarkan sampai kuah mendidih. Timba dan kacau kuah supaya tak pecah minyak.
- Bila sayur taugeh dan udang dah masak boleh lah tutup api dapur. Kemudian perasakan dengan garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: No Or (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos