Kalau teringin makan hidangan yang simple tapi mengenyangkan, boleh cuba resepi Singgang Daging ini. Makan ketika tidak sihat lagi rasa best, rasa segar dengan hirupan kuah hidangan ini. Yang penting, rasa nya masih sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Norashikin Ismail perkongsian resipi Singgang Daging ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 kg daging (Rebus sehingga empuk)
Bahan B:
1 biji bawang besar (belah 4)
3 ulas bawang putih (ketuk)
halia 2 hiris
lengkuas 2 hiris
3 tangkai cili kering (potong)
2 keping asam keping
2 sudu kecil ketumbar biji (tumbuk kasar)
Bahan C:
Garam perasa
Bendi
Tomato
Cili padi
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus daging hingga empuk. Kalau tak nak rebus pun boleh.
- Kemudian,jika air rebusan sudah separuh, masukkan bahan B.
- Tambah air lagi untuk kuah jika perlu.
- Biar mendidih dan sebati bahan semua.
- Akhir sekali, perasakan. Masukkan bendi, tomato dan cili padi. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norashikin Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity