Mesti pening nak masak apa untuk tengahari kan? Apa kata cuba masak hidangan Sotong Masak Kicap ini? Sedap tau dan mudah sahaja. Bukan itu sahaja, jimat juga masa kerana tidak memerlukan waktu yang lama pun untuk siapkan hidangan ini.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Fatimah perkongsian resipi Sotong Masak Kicap ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 kg sotong
2 biji ubi kentang (Goreng dulu dan ketepikan)
2 batang serai (ketuk)
4 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
Halia satu inci
(Semua di atas tumbuk)
Bahan B:
2 sudu besar cili kering
Sedikit ayer asam jawa
Pati ayam knorr seketul
Sedikit kicap manis
Sedikit garam dengan gula(Rasa dulu, kalau dah masin jangan letak garam)
Bahan C (Hiasan):
Sebiji tomato
6 biji cili padi
1 biji cili merah
Setengah biji bawang besar
Sedikit daun kari
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan serai dan bagi kekuningan.
- Kemudian, masukkan sotong dan air asam jawa. Tunggu sampai kuah pekat.
- Masukkan ubi kentang, sedikit kicap manis, garam, gula dan pati ayam knorr. Masak bagi kering kuah pula.
- Akhir sekali, masukkan hiasan iaitu cili padi, cili merah, bawang besar, tomato dengan daun kari. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity