Pancake gebu ni memang sedap dimakan. Dengan teksturnya yang seperti kek, lembut sahaja. Masuk mulut terus cair. Lagi gebu dari pancake gebu. Jom cuba.
Terima kasih Nik Nur Amirah untuk perkongsian resipi Souffle Pancake ini 🙂
Bahan-bahan:
(Bahan A)
2 biji kuning telur
5 sudu besar susu segar
4 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
(Bahan B)
2 biji putih telur
Sedikit perahan lemon (optional)
3 sudu besar gula (kurangkan gula, kalau nak makan dengan jem/coklat/madu)
Cara membuat:
- Masukkan kuning telur, susu segar dan esen vanilla. Kacau dan sebatikan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Kalau guna tepung self rising, tak perlu guna baking powder.
- Sebatikan sampai macam ni dan ketepikan. Settle bahan A.
- Untuk bahan B pula, pukul putih telur sampai berbuih. Kalau tiada lemon, gunakan cream of tartar je sikit.Â
- Masukkan gula. Kalau tak suka manis boleh kurangkan.
- Pukul sehingga kembang, kalau terbalikkan takkan jatuh.
- Masukkan bahan B ke dalam A sedikit demi sedikit. Kacau dan kaup sahaja sampai sebati.
- Panaskan periuk, sapu sedikit butter. Kalau nak pancake tebal, tambahkan lagi adunan di atas nya.
- Tutup periuk supaya pancake kita cepat masak. Kejap je masak. Tabur snow powder sedikit untuk hiasan.
Masak pancake anda menggunakan Shefu 32cm Non Stick Aluminium Wok Dengan Penutup Kaca untuk hasil yang cantik!
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nik Nur Amirah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos