Kalau anda dah bosan dengan cara hidangan ala western untuk spageti, boleh cuba cara masakan Spageti Masak Kupang Lemak Pedas. Untuk penggemar seafood, mesti suka akan resepi daripada Chef Haikal ini, dan yang pasti Chef menggunakan bahan daripada SAJI Malaysia untuk hidangan lebih sedap. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Bawang merah kecil 60 gram
Serai 10 gram
Cili padi 6 – 10 biji
Daun limau purut 4 helai
Bunga kantan 10 gram
Daun kesum 10 gram
Kupang (mussle) 350 gram
Air 100 ml
Santan Kelapa SAJI 100 ml
Bayam muda ( baby spinach ) 20 gram
Garam 1 sudu kecil
Serbuk lada putih secukup rasa
Spageti 300 gram
Cili merah besar hiasan
Daun ketumbar hiasan
Jus lemon 1 sudu besar
Minyak masak 5 sudu besar
Cara membuat:
1. Didihkan air bersama garam, masuk spaghetti dan masak selama 8 ke 10 minit sehingga masak.
2. Kemudian toskan air dan gaulkan spaghetti bersama sedikit minyak zaitun.
3. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang merah kecil bersama cili pada dan masukan serai.
4. Setelah harum, daun kesum dan bunga kantan serta air. Masukkan kupang, biarkan satu minit dan masukan santan serta garam dan lada putih.
5. Cukup rasa masukkan spaghetti gaul sebati untuk 2 ke 3 minit.
6. Masuk kan ‘baby spinach’ gaul sebati. Tutup api dan masukkan jus lemon dan gaul sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama daun ketumbar dan cili merah sebagai hiasan.
Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/