fbpx

Resepi Spagetti Tomyam? Sangat Creamy Dan Tak Muak Makan!

iCookAsia

Nak makan spagetti tapi ada selera melayu sikit? Haa boleh try Spagetti Tomyam ni. Sekali makan mesti teringat-ingat sampai sudah. Dengan rasa creamy dan paste tomyam, memang tak akan muak bila makan.

Jom try.

Terima kasih NorFazila Zainurin untuk perkongsian resipi Spagetti Tomyam ini 🙂

Bahan- bahan:

Spagetti

Ayam

Sosej

Paste tomyam

Sos carbonara atau cheese

Garam 

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis ayam dan sosej.
  2. Selepas itu, masukkan bawang putih dan kacau sampai perang.
  3. Masukkan pula sedikit paste tomyam dan sedikit sos carbonara. Kalau ada cheese, boleh letak cheese juga ganti kepada carbonara untuk lebih rasa creamy.
  4. Masuk sikit air rebusan spaghetti dan garam sikit . 
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan spaghetti yang sudah siap rebus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: NorFazila Zainurin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x