fbpx

Resepi Spaghetti Bolognese Dari Orang UK, Kalau Tak Cuba Rugi

iCookAsia

Kadang-kadang banyak sangat resepi Spaghetti Bolognese dekat internet sampai tak tahu nak buat yang mana kan? Haa kena guna resepi yang kami kongsikan ini. Resepi ini dari penduduk asal negara barat ini sendiri, jadi mesti sedap kan! Tapi jangan risau, resepi ini dah diubahsuai untuk menepati citarasa kita.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Jalwaa Jamali atas perkongsian resipi Sos Bolognese ini 😊

Resepi spaghetti bolognese
Bahan-bahan:
Pasta pilihan
Daging /ayam kisar
1 tin button mushroom
Tomato purée
2 biji fresh tomato (dipotong 4)
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 labu bawang putih (potong dadu)
Sedikit parsley fresh (dicincang halus)
5 biji cili padi merah (kalau nak pedas)
3 sudu teh chilli flakes
3 sudu teh garlic powder
1 sudu teh mixed herbs
1 sudu teh oregano
1 sudu teh white pepper
2 sudu teh parsley flakes
½ cawan susu full cream
1 cawan air rebusan pasta
Garam
Perasa tambahan
Sedikit gula
Sedikit butter (bukan margarine ya)
Sedikit olive oil
Parmesan cheese

Cara-cara:
1. Panaskan butter dan olive oil.
2. Masukkan semua bawang dan cili, masak sehingga sedikit garing.
3. Masukkan daging, masak sehingga daging kering dan hancur,
4. Masukkan mushroom garing dan semua rempah.
5. Seterusnya, tambahkan tomato purée dan tomato fresh. Masukkan sekali 1 cawan air rebusan pasta.
6. Bila sos dah masak dan dah diperasakan boleh tambah susu dan tambah air jika perlu. Siap untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Jalwaa Jamali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x