Duduk di rumah ni, mesti pelbagai jenis kek anda cuba kan? Tetapi pernah dengar Sponge Rice Cake? Comel pada nama, comel juga pada rupa. Buat bertompok-tompok seperti seorang pengguna Facebook ini. Dihidang pada anak-anak, pasti mereka suka!
Terima kasih Balkhais Rifaie untuk perkongsian resipi Sponge Rice Cake ini 🙂
Bahan-bahan:
14 sdm/140gm tepung beras
5 biji telur
7 sdm gula pasir
2 sdm minyak sayur
70ml susu UHT
1 sdm coklat bubuk (serbuk)
1 sdm coklat hitam bubuk (serbuk)
* sdm..sudu makan
Cara membuat:
- Panaskan kukusan sehingga mendidih. Sediakan loyang yang dialas dengan baking paper.
- Sediakan dua bekas kecil masukkan serbuk coklat dan serbuk coklat hitam. Larutkan setiap satunya dengan dua sudu air untuk coklat hitam dan dua sudu air untuk coklat (boleh guna kopi ‘o sahaja untuk hitam tu).
- Asingkan putih telur dan kuningnya.
- Masukkan kuning telur dalam bekas besar dan kacau rata dengan whisk, masukkan susu, minyak dan tepung beras. Kacau hingga sebati.
- Ambil dua sudu adunan tepung masuk kedalam pes coklat dan dua sudu lagi dalam pes coklat hitam. Kacau rata lagi.
- Mix putih telur dalam bekas lain dan masukkan gula. Pukul lagi dan masukkan gula hingga habis. Pukul hingga kental. Telangkupkan dan jika tak jatuh eloklah kejadiannya.
- Cedok adunan putih telur masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau cara kaup balik, cedok lagi dan kaup balik adunan.
- Ambil sikit adunan meringue tu dan masukkan kedalam pes coklat dan coklat hitam. Guna spatula dan sodok dalam dua senduk. Kacau biar sebati.
- Masukkan adunan kedalam loyang atu periuk, ratakan dan tompokkan pes coklat 4 tompok, coklat hitam 4 tompok. Lapis lagi adunan, ratakan dan tompok bakinya. Dua lapis sahaja.
- Tutup dengan aluminium foil, hentak sikit dan kukus dengan api sederhana selama 50 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Balkhais Rifaie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos