Mesti best kan kalau dapat makan Sup Ayam. Apatah lagi bagi sesiapa yang tidak sihat, rasa segar je badan makan hidangan ini. Hari ini, Admin nak share satu resipi yang sangat mudah dan dijamin sedap iaitu Sup Ayam Thai.
Jom kita try.
Terima kasih Tengku Syazwanie untuk perkongsian resipi Sup Ayam Thai ini ๐
Bahan-Bahan:
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia
Serai
Sup bunjut
Kiub Knor ayam
Lobak merah
2 sudu sos ikan
Tomato
Daun limau purut
Garam
Daun ketumbar
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, tumbuk bawang putih dan halia.
- Seterusnya, mayang bawang merah dan bawang besar serta serau. Kalau serai halus-halus, letak banyak sikit, kalau besar-besar, boleh letak 2 atau 3.
- Tumis semua sekali dengan hirisan lemak ayam sehingga naik bau atau layu.
- Masukkan air, apabila sudah hampir nak gelegak masukkan ayam, sup bunjut, kiub knorr ayam, lobak merah dan biar seketika.
- Masukkan 2 sudu sos ikan, tomato dan daun limau purut.
- Letak garam dan secukup rase atau ajinomoto.
- Apabila ayam sudah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis.
ย Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐
Kredit resipi dan gambar: Tengku Syazwanie(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/video