fbpx

Resepi Sup Ketam, Ringkas Dan Sedap!

iCookAsia

Sebut sahaja mengenai Sup Ketam, mesti ramai yang tahu, hidangan ini sangat sesuai untuk menyihatkan tubuh badan kita. Bukan itu sahaja, cara nak buat hidangan ini pun sangat senang dan yang paling penting, sedap.

Jom kita try.

Terima kasih Kak Hud untuk perkongsian resipi Sup Ketam ini 🙂

Bahan-Bahan:

Ketam

Halia (banyak)

Bawang Putih (banyak)

Lada Hitam

Lemon

Sup bunjut

Garam

(Sup ketam ini dibuat khas bagi sesiapa yang tidak sihat)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, rebus ketam terlebih dahulu yang dibasuh bersih.
  2. Letak sedikit garam. Apabila  sudah menggelegak, ambil sedikit air rebusan untuk diminum. Yang selebihnya, boleh dibuat sup.
  3. Kemudian, tumbuk halia, bawang putih dan lada hitam. Pastikan untuk tumbuk supaya hancur sahaja. Tidak perlu sehingga lumat.
  4. Letak sup bunjut dan perahan lemon. Bagi yang positive covid,  mereka tidak ada selera untuk makan jadi hidangan ini harus ada rasa masam-masam sikit.
  5. Boleh letak garam. Kalau tidak, hidangan akan menjadi tawar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kak Hud(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x