Menu dari Jepun ini memang popular di sini kan? Tapi untuk membeli selalu, di luar kemampuan lebih-lebih lagi jika punya ahli keluarga yang ramai. Jadi apa kata ikut resepi daripada Rozmaliza Omar ini, kuantiti bahan yang dikongsi boleh membuat antara 26 hingga 30 biji. Puas makan.
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sdb tepung jagung
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sdb serbuk stok ayam
1 sdt garam
2 sdb minyak masak
1 sdt baking powder
Cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan inti pula.
Bahan Inti :
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Daun bawang – hiris nipis
Kobis bulat dihiris halus
Carrot diparut halus
Cara :
1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang
4. Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Renjiskan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan.
Bahan Hiasan:
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis
Bonito flake – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun
Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3.Taburkan bonito flakes
Resipi Sos Takoyaki
Bahan :
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap kipas udang
1/4 cawan air asam jawa
2 hiris halia
1 sdb tepung jagung
1/2 cawan gula
Cara :
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
3. Sejukkan sos
4. Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.
Sumber : Rozmaliza Omar