Peminat kuih talam mesti suka resipi talam pandan ini. Hasilnya memang sedap tau, manis dan berlemak rasanya. Petang ni buat kuih talam pandan untuk minum petang, sedap juga kan 😋
Jom kita try.
Terima kasih untuk Haliza Jeran atas perkongsian resipi Talam Pandan ini 😊
Bahan-bahan bahagian bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 1/2 cawan air pandan
1 cawan santan
1 sudu teh garam
Pewarna hijau
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan dan tapiskan.
2. Masak atas api sehingga naik wap. Kemudian, tuangkan ke dalam loyang 10×10 yang dilapik plastik.
3. Kukus selama 25 minit.
Bahan-bahan bahagian atas:
700 gram santan + 300 gram air
70 gram tepung jagung
70 gram tepung beras
1 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Bancuh semua bahan dan tapis.
2. Masak sehingga naik wap.
3. Lorekkan bahagian bawah yang sudah masak menggunakan garfu.
4. Tuang adunan putih, ratakan dan kukus selama 20 minit hingga masak.
5. Sejukkan dan boleh dipotong.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Haliza Jeran (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity