fbpx

Resepi Tauhu Begedil Dengan Isi Daging Yang Banyak, Pekena Pula Dengan Kicap Pekat Pedas Manis

iCookAsia

Sebut je mengenai Tauhu Begedil, mesti semua orang terliur kan. Mana tidaknya, dengan kepelbagaian isi yang sudah dicipta bagi menepati citarasa masing-masing, bertambah sedap hidangan tersebut. Isi daging paling popular tau untuk dijadikan inti Tauhu Begedil ini.  

Apa kata kita cuba buat? Jom.

Terima kasih Maya Miera untuk perkongsian resipi Tauhu Begedil ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

5-6 biji kentang

Satu keping daging kisar jenama Ramly

Tauhu kering

Daun sup

Bawang goreng

Garam

Lada hitam

1 kiub ayam

Cili (Dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kupas kentang, potong dan gorengkan ia.
  2. Kemudian, daging kisar digoreng sehingga masak dan ketepikan.
  3. Apabila kentang sudah suam, masukkan semua bahan-bahan ke dalam chopper.
  4. Biarkan hancur sekejap sahaja dan sebati kan semua.
  5. Tauhu kering tersebut dipotong dekat bahagian atas, buang isi dan boleh sumbat kentang ke dalam.
  6. Pukul 3 biji telur. Celupkan tauhu yang sudah siap disumbat dan goreng dalam minyak yang panas.

Bahan B (Untuk Sambal Kicap Melekat):

4-5 ulas bawang putih

5-6 cili padi

Gula (Sedikit sahaja)

2-3 sudu bawang goreng

Kicap kipas udang

Kicap ABC

Cara penyediaan:

  1. Kisarkan kesemua bahan-bahan di atas dan boleh dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maya Miera(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x