fbpx

Resepi Tauhu Begedil Montok, Inti Banyak. Cicah Dengan Sambal Kicap Yang Padu!

iCookAsia

Buat peminat Tauhu Begedil, adakah anda masih tercari tempat mana yang sedap penuh dengan inti dan Sambal Kicap yang pedas sedap? Jom Admin kongsikan cara buat Tauhu Begedil yang begitu penuh dengan inti atau montok betul. Tengok pun dah tahu. 

Jangan lupa untuk cuba sekali dengan cara hidangan sambal kicap ini tau. 

Terima kasih Nuryusra Ibrahim Kutty untuk perkongsian resipi Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap ini 🙂

Bahan-bahan:

40 biji tauhu kering

4-5 biji Ubi Kentang 

1/2 biji bawang holland

Ayam/Daging kisar

Bawang Goreng

Daun sup

Serbuk lada putih

Serbuk lada hitam

Garam (secukup rasa)

Kiub Ayam

2 biji Telur (untuk menggoreng)

Cara membuat:

  1. Tumis bawang bersama isi ayam.
  2. Dah masak asingkan ayam dan toskan minyak.
  3. Gorengkan kentang.
  4. Kisar kentang bersama ayam tadi. 
  5. Masukkan bawang goreng, daun sup, serbuk lada putih, lada hitam, kiub ayam, garam dan gaulkan bersama kentang dan ayam yang telah dikisar.
  6. Tahu kering potong X. Kemudian, sumbat kentang dalam tauhu.
  7. Pecahkan telur dan kacau. Gaulkan telur dengan tauhu yang telah disumbat dan goreng hingga telur agak garing.
  8. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap.

Bahan untuk sambal kicap:

20 tangkai cili padi

4-5 ulas bawang putih

2 biji bawang kecil

1/2 biji bawang besar

Cara penyediaan:

  1. Goreng dengan sedikit minyak hingga layu.
  2. Tos minyak dan kisar. Kemudian masukkan, 2 sudu besar gula pasir, 2 sudu besar kicap pekat, 1/2 cawan kicap manis dan garam secukup rasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nuryusra Ibrahim Kutty (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x