fbpx

Resepi Tomyam Merah, Tanpa Pes Pun Confirm Menjadi Tau!

iCookAsia

Tomyam ni memang sangat sedap terutama kalau makan dengan nasi panas. Hirup macam tu sahaja pun dah terasa keenakan tomyam tu. Tapi jangan risau, jika tiba-tiba tiada pes tomyam di rumah, boleh ikut resipi ni, memang menjadi. Senang je tau.

Terima kasih Nurul Husna Mohamed Daud untuk perkongsian resipi Tomyam Merah Tanpa Pes ini 🙂

Bahan-Bahan:

Minyak untuk menumis

Bawang holland atau merah boleh saja

Bawang putih

Cili giling

Seketul nisan

Sedikit belacan (Optional)

Lada pedas (Mengikut citarasa)

Tomato

Serai

Sedikit halia

Sedikit lengkuas

Daun limau purut

Limau nipis

Carrot atau sayur-sayur lain

Daun ketumbar (Optional)

Udang atau ayam atau sotong

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak, tumis bawang holland, bawang putih, halia, lengkuas dan lada pedas yang sudah diketuk.
  2. Apabila sudah naik bau, masukkan cili giling, sedikit serai dan sedikit daun limau purut. Bakinya nanti masukkan sewaktu akhir sekali dengan udang dan sertakan juga dengan nisan dan belacan, Kalau taknak letak belacan pun boleh.
  3. Seterusnya, apabila dah cantik naik minyak, masukkan tomato. Kalau letak awal tomato untuk bagi rasa air masam tomato.
  4. Masukkan air pula, bagi mendidih sekejap pastu masukkan sayur dan udang atau boleh sahaja letak apa-apa sayuran yang ada. Kalau nak letak ayam, pastikan untuk masukkan awal sikit bersama dengan tomato tadi.
  5. Akhir sekali, perasakan dengan kicap, sotong dan garam. Masukkan baki serai dan daun limau purut. Pastikan buang tulang daun limau. Nanti akan jadi pahit kalau letak tanpa buang tulang daun tu. Taburkan daun ketumbar dan air limau nipis. Kalau tiada daun ketumbar, tidak menjadi satu masalah. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Husna Mohamed Daud(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x