Tomyam Thai memang sedap. Menu yang wajib order kalau singgah di restoran Thai. dengan kepekatan dan keenakan kuah tomyam tersebut, padu. Tapi boleh buat sendiri sahaja. Lagi puas hati dan dapat makan banyak.
Jom try.
Terima kasih Maryam Hussain untuk perkongsian resepi Tomyam Thai Campur ini 🙂
Bahan- bahan:
1 sudu pes tomyam thai
1 biji bawang holland
2 biji limau nipis atau kasturi
2 batang serai
1 sudu sos Ikan
Sedikit daun limau purut
Seinci halia
Seinci lengkuas
Batang ketumbar atau sup
2 biji cili (Nak pedas boleh tambah)
2 biji tomato
1 batang lobak merah
5-6 udang
1 dada ayam (Dipotong dadu)
1 sudu besar ketumbar
Cara Membuat:
- Mula-mula, masukkan dua cawan air dalam kuali bersama bawang holland, serai, batang ketumbar atau sup, daun limau purut, lengkuas dan halia. Tunggu sehingga mendidihÂ
- Kemudian, apabila sudah mendidih, masukkan udang dan ayam sehingga masak.
- Masukkan 1 pes tomyam thai bersama sos ikan dan perahan air limau nipis.
- Akhir sekali, masukkan tomato. Sedia untuk dihidang
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Maryam Hussain(Facrbook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videosIkuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity