fbpx

Resepi Tradisi, Kuih Bakar Pandan Yang Mudah. Guna Blender Je Buat Kuih Ni!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu Kuih Bakar Pandan ini. Menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja kerana rasanya, tetapi aromanya sangatlah harum setelah siap dibakar. Mudah pun mudah, sebab Chef Lin guna blender je nak buat resepi ni. Jom cuba!

Bahan-bahan:
500ml air (untuk kisar pandan)
6 helai daun pandan, dipotong
240g tepung gandum
½ sudu kecil garam
300ml Santan SAJI
200ml air
150g gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar marjerin cair
Sedikit pewarna hijau
1-2 sudu besar bijan
Marjerin cair, untuk melengser

Cara membuat:
1. Kisar air dan daun pandan sehingga halus. Tapiskan.
2. Panaskan acuan di dalam ketuhar 180 C selama 10 minit.
3. Masukkan air pandan, separuh tepung dan garam ke dalam pengisar.
4. Kisar sebati dan tapiskan ke dalam mangkuk.
5. Kisar Santan SAJI, air, gula, telur dan marjerin cair. Tapiskan.
6. Kacau sebati dan tambah pewarna hijau.
7. Sapukan marjerin pada acuan, tuangkan adunan kuih. Bakar selama 15 minit.
8. Keluarkan, taburkan bijan. Bakar lagi selama 30-35 minit atau sehingga masak.
9. Biar sejuk sebelum dipotong.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x