Rendang Tok yang berasal dari Perak ini antara Rendang yang paling popular dan digemari ramai. Raya belum bermula lagi, tapi tidak salah kalau anda berlatih memasak dari sekarang. Dah reti masak, boleh la masak pada pagi Raya nanti.
Resipi Bubur Lambuk ini diambil daripada buku Makanan Warisan Malaysia, hasil kerja Datin Kalsom dan Datin Hamidah.
Hidangan: 6–8 orang
1 kg daging lembu batang pinang, dipotong dadu
Bahan-bahan dikisar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
6 cm halia
4 cm lengkuas
7 btg serai
2 biji buah keras
1⁄2 biji buah pala, diambil isi
Rempah disangai dan dikisar
5 sdm biji ketumbar
1 sdm jintan putih
1 sdm jintan manis
1 cwn minyak masak
Rempah menumis
3 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 kuntum bunga lawang
1 sdt lada hitam
pes cili, sama sukatan dengan bahan yang dikisar (ms 307)
750 ml pati santan
4 sdm kerisik (ms 309)
1 cwn isi kelapa muda, dihiris setebal 4 cm x 1 cm x 2 mm
1⁄2 cwn sagatan gula melaka
2 sdt lada hitam
2 kpg asam gelugur
5 sdm minyak masak
11⁄2 helai daun kunyit, diracik kasar
Cara memasak:
1. Perap daging semalaman dengan separuh daripada bahan dan rempah yang dikisar. Gaul supaya sebati.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan rempah tumisan dan tumis hingga naik bau. Masukkan pes cili
dan lebihan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan hilang rasa maungnya.
3. Masukkan daging yang telah diperap, pati santan, kerisik, hirisan kelapa, gula melaka, lada hitam, asam gelugur dan minyak masak. Kacau hingga sebati.
4. Reneh dengan api yang perlahan hingga 3⁄4 masak dan kemudian masukkan daun kunyit.
5. Kacau rendang selalu dan masak hingga daging empuk dan kuahnya mengering.
6. Angkat kuali dari dapur dan biarkan rendang sejuk di
dalam kuali.
Anda boleh dapatkan buku masakan ini secara ‘online’, sila layari:
(Eng) Malaysia’s Culinary Heritage Book – https://shopee.com.my/Malaysia’s-Culinary-Heritage-The-Best-of-Authentic-Traditional-Recipes-i.285973716.5758739314
(Malay) Makanan Warisan Malaysia – https://shopee.com.my/Makanan-Warisan-Malaysia-Resipi-Masakan-Autentik-dan-Tradisional-i.285973716.9930671478
Video resipi ini adalah hasil kerjasama Kalsom Taib Publishing, Penjana, MyCreative Ventures dan Jabatan Warisan Negara.