fbpx

Resepi Tradisional Kuih Ketayap Pandan. Ajar Resepi Ini Pada Generasi Muda, Terutamanya Anak Anda.

iCookAsia

 

Siapa sahaja yang tidak kenal kuih ketayap ini. Kuih legend yang digemari ramai dan sedapnya kuih ini juga bergantung kepada inti kelapanya. Lagi banyak inti nya, lagi sedap. Jadi, kalau nak inti banyak, boleh buat sendiri di rumah. Baru puas!

Terima kasih Zura Zul untuk perkongsian resipi Kuih Ketayap ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi

2 sudu besar minyak masak 

1 biji telur

2 1/2 cawan jus pandan (Kisar 5 helai daun pandan bersama 2 1/2 cawan air, dan tapiskan)

Sedikit pewarna hijau

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata sebati dan tapiskan. Boleh juga dikisarkan.
  2. Panaskan kuali non stick dengan api yang perlahan. Sapu sedikit minyak (biar kuali betul-betul panas)
  3. Tuang satu senduk adunan dan ratakan bulat.
  4. Dah masak, boleh angkat dan masukkan inti kelapa. Lipat kiri dan kanan. Gulung dan siap! 

Bahan untuk Inti Kelapa:

1 biji kelapa parut putih

1 cawan gula merah

1 ketul gula melaka

1 1/2 atau 2 cawan air

3 helai daun pandan (simpulkan)

Secubit garam

1 sudu besar tepung pulut atau tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Masak gula merah, gula melaka, air, daun pandan dan secubit garam hingga larut. Selepas itu, tapis kan.
  2. Masak semua ke dalam kuali hingga agak-agak nak kering. Api sederhana dan sesekali hendaklah kacau.
  3. Akhir sekali, letak 1 sudu tepung bagi likat dan pekat inti kelapa itu. Kacau sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x