Terdapat lebih daripada 200 hidangan yang sudah diiktirafkan sebagai Makanan Warisan Malaysia dan menu Ayam Masak Daun Cekur ini adalah di antaranya. Jarang dengar hidangan ini, tetapi ianya sangat lah sedap.
Buat yang tak pernah rasa, jom Admin kongsikan resepi Ayam Masak Daun Cekur daripada seorang pengguna Instagram ini. Menurut beliau, ini merupakan lauk kesukaan keluarga dan resepi daripada Arwah Ibu beliau. Resepi turun temurun ini, pasti sedap. Jom cuba!
Terima kasih Anie Hamid untuk perkongsian resipi Ayam Masak Daun Cekur ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam – potong 2
1 cawan santan
Minyak masak
1 batang serai – dititik
2 helai daun cekur – hiris halus
Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar:
7-8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci cekur (buahnya)
7-8 biji cili padi
Cara memasak:
- Panaskan kuali, tuang minyak dan masukkan ayam. Masak hingga ayam berwarna keperangan.
- Di dalam kuali lain, tuangkan minyak masak Alif, tumiskan bahan kisar dan serai hingga garing.
- Masukkan sedikit air, santan, garam, gula kemudian masukkan ayam.
- Masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Akhir sekali taburkan dengan hirisan daun cekur.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Anie Hamid (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos