fbpx

Resepi Untuk Jualan, Chocolate Chip Cookies. Yang Penting Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan cookies kan? Dengan rasa lemak butter yang menambahkan lagi kelazatan cookies tersebut. Bukan itu sahaja, nak buat makan sambil tengok drama pun boleh. Confirm kejap je habis tanpa sedar.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nuralia Idayu perkongsian resipi Chocolate Chip Cookies ini 🙂

Bahan-bahan:

500 g butter (Boleh guna brand buttercup)

1 cawan gula kastor

1/2 sudu besar esen vanilla

2 biji telur

4 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

1/2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Chocolate chip (Nak guna mini size pun boleh)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kacau butter, gula kastor dan esen vanilla. Tidak perlu guna mixer. Kacau asalkan sebati sahaja kesemuanya.
  2. Kemudian, masukkan 2 biji telur.
  3. Letakkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat. Teung tersebut boleh letak sikit-sikit dahulu.
  4. Tuangkan chocolate chip mengikut suka masing-masing nak banyak mana.
  5. Akhir sekali, letak atas loyang, bakar pada suhu 150c selama 15 hingga 20 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nuralia Idayu(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x