fbpx

Resepi Vadai Yang Rangup, Tapi Lembut Di Dalam. Ikut Step-By-Step Untuk Dapatkan Bentuk Yang Cantik.

iCookAsia

Hidangan Vadai yang berasal dari India ini sering dijadikan sebagai makanan jajanan. Agak mencabar untuk membuat hidangan ini, tapi anda akan rasa berbaloi sebab memang sedap. Bahan pun senang nak dapat. Tetapi perlu diingatkan, yang kacang Ulunthu ini berbeza ya dengan Kacang Dhal. 

Kalau dah cuba buat tu, boleh buat banyak banyak alang-alang tu. Jadikan frozen, boleh la simpan lama. Nak makan, boleh je masak guna Air Fryer je. 

Terima kasih Nur Masri untuk perkongsian resipi Vadai ini 🙂

Bahan- bahan

1 cawan /250g kacang ulunthu

1 Sudu besar jintan manis 

1 Sudu besar tepung beras

1 Sudu teh baking soda

1 biji bawang merah

2 biji Cili hijau 

2 biji Cili kering

Daun kari

Garam secukup rasa

Cara membuat:


1. Basuh dan rendam ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.


2. Toskan air dan kisar ulunthu dengan sedikit air sehingga halus (jangan banyak air nanti susah nak bentukkan).

3. Bila kacang ulunthu sudah halus, masukkan jintan manis kisar sekejap.


4. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk, masukkan tepung beras dan baking soda. Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu boleh lah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.


4. Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
*Jika adunan cair boleh tambah tepung beras.


5. Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk Vadai menjadi bentuk donat.


6. Celup tangan dalam air, ambil sedikit adunan. Letak adunan membulat atas tapak tangan atau daun pisang.


7. Celup jari telunjuk dalam air dan buat lubang dengan jari telunjuk untuk membentuk seperti donut.


8. Terbalikkan adunan tadi ke atas jari tangan kanan.


9. Jatuhkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.


10. Tunggu hingga bahagian bawah agak perang sedikit, baru terbalikkan. Vadai akan timbul di permukaan minyak. Kalau terbalikkan semasa masih lembut bentuknya akan rosak. Goreng sehingga keperangan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x