Kadang-kadang teringin juga nak makan dessert yang simple tapi sedap. Apa kata anda cuba buat resepi Waffle ini. Sangat lembut dan rasanya pun sedap. Bukan itu sahaja, nak letak topping apa pun boleh, mengikut kesukaan masing-masing.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nur Masri perkongsian resipi Waffle ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan susu segar
3/4 butter (Dicairkan)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu makan gula kastor
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Nota tambahan:
Untuk susu segar, boleh diganti dengan air tapi perlu tambah 2 sudu besar susu tepung
Kalau tiada butter, boleh diganti dengan minyak masak
Tepung gandum boleh diganti dengan tepung naik sendiri, tidak perlu letak baking powder dan soda bikarbonat
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan pukul menggunakan hand mixer atau pengisar.
- Kemudian, pukul cukup sekadar sebati dan kembang sedikit.
- Rehatkan adunan selama 10 hingga 15 minit. Adunan juga boleh dibuat lebih awal dan simpan dalam peti sejuk.
- Sapukan butter pada acuan yang telah panas.
- Akhir sekali, masukkan adunan sekitar 2 senduk dan tutup alat pembakar waffle. Tunggu hingga masuk.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nur Masri(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity