Teringin nak makan Chinese Food tapi tak tahu nak makan apa? Dah jangan risau, Pan Fried Dumplings kan ada.
—————
Selalu beli sahaja, tapi kalau buat sendiri lagi puas hati. Senang sahaja rupanya, lagi best bila dapat letak isi mengikut selera masing-masing. Sekali suap, terasa nikmatnya dengan kerangupan dumpling ini.
Kalau pergi makan Chinese restaurant, memang wajib order dumplings ini. Mana tidaknya, dengan rasa yang rangup, inti padat dan lembut, fuh memang terangkat selera makan. Suap satu sahaja tak akan pernah cukup. Tapi itulah, kalau beli dapat makan sikit sahaja. Boleh makan dua hingga tiga sahaja untuk satu porsi bersama kawan. Apa yang best, lagi menarik kalau buat sendiri. Macam Admin cakap, boleh letak inti sesuka hati nak banyak mana dan boleh ubah mengikut citarasa sendiri.
Bukan itu sahaja, nak bawa bekal pergi kerja atau apa-apa majlis pun boleh. Confirm ramai jatuh hati dengan hidangan ini. Sedap pun sedap tau. Ikut sahaja resepi ini, mesti jadi!
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity
Jangan lupa untuk tekan pautan di bawah untuk ke semua media sosial kami https://linktr.ee/icookasia