fbpx

Resepi Wajib Hari Raya, Rendang Daging. Memang Sedap Dan Terbaik!

iCookAsia

Pagi-pagi raya mesti pekena Rendang Daging kan? Mana tidaknya, dengan rasa daging yang lembut, cukup rasa dan sedap, memang puas hati. Makan pula dengan Nasi Impit. Lagi mantap rasanya.

Jom try.

Terima kasih Aleeya Hakimi untuk perkongsian resipi Resepi Rendang Daging ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
1 kg daging potong besar skit
Daun limau purut (belah 2)
Daun kunyit (hiris halus)
3-4 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 kotak kecil santan
1 senduk minyak masak

Bahan Kisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang kecikl
5 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan kisar sampai naik minyak.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. Kemudian, masukkan santan dan kerisik serta kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam, gula (kalau ada gula melaka lagi cantik warna rendang) dan bahan perasa secukup rasa.
  5. Masukkan asam keping dan daun limau purut dan kacau sekejap.
  6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aleeya Hakimi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x