Sedapnya kalau dapat makan Paprik Ayam, dimakan dengan nasi panas. Memang terasa padu hidangan tersebut. Lagi best, kalau dapat letak macam sayuran mengikut selera masing-masing. Puas hati dapat makan.
Jom try.
Terima kasih Tengku Syazwany untuk perkongsian resepi Paprik Ayam ini 🙂
Bahan- bahan:
Ayam
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (tumbuk)
Serai
Daun limau purut
Bunga kobis
Putik jagung
Tomato
Lada merah
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap
1 sudu lada kisar
Cara Membuat:
- Mula-mula, ayam gaul dengan serbuk kunyit dan sos ikan sedikit, goreng seketika, angkat dan ketepikan.
- Kemudian, dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi, masukkan bawang putih, lada kisar, bawang merah dan serai.
- Masukkan pula sos tomato, sos ikan, sos cili, kicap dan kacau rata.
- Masukan sedikit air separuh cawan dan limau purut, biarkan ia seketika.Â
- Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi, cili merah dan tomato. Perasakan. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Tengku Syazwany(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity
Jangan lupa untuk tekan pautan di bawah untuk ke semua media sosial kami https://linktr.ee/icookasiaÂ