fbpx

Resepi Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dibuat, Sup Tofu Telur. Memang Puas Hati

iCookAsia

Bagi sesiapa yang suka makan tofu telur, anda mesti cuba resepi ini. Makan dengan nasi atau nak hirup macam itu sahaja, fuh memang lagi sedap. Makan pula waktu hujan, confirm puas hati dan nak tambah lagi.

Terima kasih Mori Said untuk perkongsian resipi Resepi Sup Tofu Telur ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
1 pek cendawan Inoki (kerat bahagian bawah)
5 keping cendawan Shittaki (hiris kasar)
3 pek tahu telur di belah dua

Bahan yang di tumbuk lumat:
1 sudu kecil lada sulah
3 ulas bawang putih
3 akar pokok ketumbar
1 Knorr kiub lembu
1 biji telur1 sudu makan tepung jagung gaul dengan sedikit air
Sedikit daun bawang

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dan goreng kan tofu telur sehingga keperangan.  Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tumis kan bahan tumbuk tadi sehingga wangi.  Mori menggunakan periuk non-stick jadi tak perlu sangat minyak.  Jika perlu, letak sedikit minyak.
  3. Kemudian masukkan cendawan shittaki dan masak sehingga sedikit lembut.
  4. Kemudian masukkan air dan biar didih sebentar.
  5. Masukkan 1 Knorr Kiub lembu dan biarkan sup merenih sebentar.
  6. Masukkan Tofu telur yang di goreng kan tadi.
  7. Telur yang di pukul sedikit kemudian tuang kan ke dalam kuah sup.
  8. Biar kan renih sebentar.
  9. Tuang kan air tepung jagung.
  10. Masukkan cendawan enoki dan matikan api.
  11. Taburkan daun bawang dan sedia untuk di hidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mori Said(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x