Mesti ramai yang suka makan Ayam Masak Merah kan? Rasa hidangan ini yang menjadikan ia menarik dan sedap untuk dimakan. Bukan itu sahaja, kebiasaannya akan dijumpai di kenduri kahwin. Tapi jangan risau, buat sendiri pun boleh tau.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Noor Hidayah Samah perkongsian resipi Ayam Masak Merah ini 🙂
Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam (Gaul dengan garam dan kunyit)
3 biji bawang besar (Kisar halus)
3 sudu cili boh
Asam jawa (Bancuh dengan sedikit belacan)
1 sudu besar chicken stok Maggi
Bawang besar (Potong bulat)
2 batang serai (Ketuk)
Gula melaka atau nisan kerek
2 helai daun pandan
1 cawan air (Bilas bekas blender bawang tadi)
Cara membuat:
- Mula-mula, goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis cili boh bersama serai dan daun pandan hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan bawang kisar dan masak hingga terbit minyak. Kacau sekali-sekala sahaja.
- Masukkan stok ayam Maggi dan kacau seketika.
- Kemudian, masukkan secawan air dan bilas blender bekas kisar bawang sahaja.
- Masukkan nisan kerek atau gula melaka.
- Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau-kacau sekejap.
- Perlahankan api dapur dan reneh seketika.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan seketika baru tutup api dapur. Sedia dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Noor Hidayah Samah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity