Jika sebelum ini ramai yang hanya merasai kenikmati Basque Burnt Cheesecake semata-mata, namun tambahan adunan coklat bagi lapisan kek ini menambahkan lagi keenakannya.
Caranya juga cukup mudah, malah resipi perkongsian Roslinda Rosli ini menggunakan sukatan cawan dan sudu, jadi tak perlu susah payah menyukat bahan.
Bahan :
250 gm Cream cheese
125 ml Whipping cream
3 biji Telur
1/2 cawan Gula halus
1 sudu kecil Esen vanilla
2 sudu besar Tepung gandum
50 gm Coklat coin
Cara :
- Kisar semua bahan di atas kecuali coklat coin dan bahagikan kepada dua adunan.
- Bahagikan kepada dua bahagian.
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Selepas cair, campurkan coklat ke dalam satu adunan cream cheese tadi.
- Bakar dahulu adunan cream cheese bersama coklat selama 15 minit pada suu 160c.
- Kemudian tuang satu lagi adunan di atas lapisan coklat yang telah dibakar. Dan bakar lagi pada suhu 160c selama 35 hingga 40 minit. Jika sukakan lebih burnt, tambahkan sedikit lagi masa bakar.
- Selepas kek siap dibakar, biarkan ia rehat sebentar dalam 30 minit dan masukkan ke dalam peti ais selama empat jam sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto : Roslinda Rosli
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/