Kalau buat Bubur Kacang Hijau Durian sendiri pun sedap juga. Dicicah pula dengan roti, memang mantap rasanya. Bukan itu sahaja, nak buat hidangan ini pun mudah sahaja, sesuai untuk dijadikan santapan moreh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Mia Zareef Afiq perkongsian resipi Bubur Kacang Hijau Durian ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau (cuci dan toskan)
1 cawan gula perang (boleh lebihkan atau kurangkan)
2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
3 cawan air
1 cawan santan pekat
5 ulas durian (Optional)
1 sudu garam
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus kacang hijau sehingga kembang.
- Masukkan daun pandan, gula perang dan durian. Kacau dan masak sehingga mendidih. Tambah air sekiranya perlu.
- Kemudian, tuang santan, letak garam sedikit untuk melemakkan bubur tersebut.
- Jika suka manis, tambahkan gula.
- Akhir sekali, kalau rasa pekat sangat bubur kacang, boleh tambah sedikit air. Masak sekejap dan siap dihidang.
Boleh juga di makan bersama roti dicicah sangat sedap ataupun simpan dalam peti sejuk, mkn sejuk-sejuk pun sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mia Zareef Afiq(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity