Cili padi jeruk ini memang wajib kena ada dekat rumah, inilah pelengkap rasa setiap kali waktu makan, lebih-lebih lagi bila ada mee goreng.
Namun untuk buat jeruk, kita kena gunakan balang kaca, bukan plastik. Kerana cuka akan menghakis bekas plastik, tak elok untuk kesihatan.
Cara :
1. Masukkan cili ke dalam balang kaca.
2. Masukkan gula menutupi cili (banyak pun tidak ada masalah, macam cili kampung sangat pedas jadi gunakan banyak gula)
3. Masukkan satu sudu garam halus (Saya guna garam bukit merah)
4. Tuang cuka menutupi cili. Goncangkan botol sehingga semua bahan larut dan sebati.
5. Simpan semalaman.Tidak masukkan ke dalam peti ais pun tak apa. Boleh dinikmati keesokannya. Tidak perlu tukar air atau tambah air, akan lebih tahan lama.
Sumber : Intan Izaida