Jika sebelum ini, roti viral Korea, Cream Cheese Garlic Bread harus dimulakan daripada langkah awal iaitu pembuatan roti, namun kali ini kita cuba versi paling ringkas dan mudah dengan menggunakan roti biasa.
Malah bahan-bahan cream cheese juga mudah disediakan. Terima kasih Nur Azliza atas perkongsian idea yang cukup bernas.
Bahan :
Roti burger
250 gm Krim keju (tatura)
Susu pekat
5 ulas Bawang putih
Serbuk oregano
140 gm Mentega
1 biji telur
150 gm Mentega
Cara :
- Bahan larutan bawang putih : Cairkan 150 gram mentega, tumbuk 5 ulas bawang putih, masuk sebiji telur, sedikit oregano, tambah 1 sudu besar susu pekat.
- Belah roti tiga kali.
- Putar 250 gram cream cheese tatura dengan 1 sudu besar susu pekat dan potong hujung plastik.
- Pipekan cream cheese yang sudah diputar dengan susu pekat ke belahan roti.
- Celup bahagian atas roti dengan larutan bawang putih.
- Bakar pada suhu 160c hingga 170c selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.
- Aroma bawang putih akan menusuk hidung dan memenuhi segenap ruang dapur dan rumah. Wangi.
Kredit resipi & foto : Nur Azliza
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/