Ikan tongkol ni sama ke dengan ikan aya? Biasa gulai ini orang makan bersama untuk nasi berlauk kan. Tapi, kalau makan lauk ini sahaja dengan nasi Putih panas-panas, pun dah sedap.
Ada yang tiada idea nak masak apa untuk lunch nanti? Jom buat hidangan ini!
Terima kasih Azizah Daud untuk perkongsian resipi Gulai Ikan Tongkol ini 🙂
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol sederhana besar (potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa)
6 cawan santan (1 biji kelapa)
Bahan kisar:
10 biji cili kering
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cili merah hijau dan cili padi
5 biji Bendi
2 biji timun
Telur rebus berapa biji ikut suka
Cara membuat:
- Masukkan 5 cawan santan ke dalam periuk.
- Kisar bahan bersama lebihan santan, tak perlu air.
- Panaskan api, masukkan bahan kisar dan santan. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Masak sehingga mendidih naik minyak.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa, biarkan mereneh.
- Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali, biat mereneh hingga naik minyak dan berkilat.
- Masukkan cili besar, cili padi, bendi dan timun. Masukkan telur rebus dan tutup api.
Masuk cili besar dan cili padi bendi timun. Makin lama reneh makin cantik kuahnya. Masuk telur rebus tutup api siap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azizah Daud (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos