fbpx

Resipi Ikan Siakap Stim Lemon Tanpa Kukus Pun, Rasa Tetap Sedap!

iCookAsia

Dapat makan Ikan Siakap Stim Lemon pun sedap juga kan. kalau anda tiada pengukus di rumah, tak jadi satu masalah pun. Ikut sahaja resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini. Yang penting, sedap rasanya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Afy AL Habibi perkongsian resipi Ikan Siakap Stim Lemon ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dikelar)

2 ulas bawang putih (diketuk)

1 batang serai (diracik)

5 hiris halia

2 helai daun limau purut

1/2 sudu kecil garam bukit

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semua herba tadi ke dalam perut ikan dan garam bukit tadi dilumur di atas badan ikan.
  2. Kemudian, letakkan dalam pan. Kalau nak kukus, boleh sahaja.
  3. Masukkan 1 cawan kecil air dan perasakan dengan 1 sudu kecil kicap cair.
  4. Tutup pan. Masak kira-kira 15 minit atau sehingga ikan masak dalam api perlahan.

Bahan B (Kuahnya):

Air rebusan ikan tadi

1 inci hirisan halia

2 ulas bawang putih diracik

1/2 batang serai muda

1 biji lemon

Sehiris limau nipis

1 biji asam limau kasturi

Secubit garam bukit

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kacau rata kesemua bahan tadi.
  2. Tuangkan atas badan ikan tadi.
  3. Hiaskan dengan hirisan cili padi merah, hirisan daun ketumbar, tomato ceri, bawang putih goreng dan hirisan lemon serta limau nipis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Afy AL Habibi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x