fbpx

Resipi Jagung Cawan Lemak Manis Tanpa Perlu Kukus, Buat Sendiri Pun Boleh

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Jagung Cawan tu kan? Kebiasaannya akan nampak banyak dijual di pasar malam. Setiap kali nampak mesti nak beli. Kali ini, anda semua boleh buat sendiri sahaja. Dengan rasa yang lemak manis, memang sedap lah.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Aisyah Humaira perkongsian resipi Jagung Cawan Lemak Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket jagung frozen jenama Daily fresh

1 tin krimer pekat manis SAJI

3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)

Sedikit air dan garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air dengan sukatan anggaran setengah dari jagung.
  2. Kemudian, tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk atau masak.
  3. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
  4. Akhir sekali, masukkan susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai. Garam dan marjerin secukup rasa. Kalau suka cheese boleh parut cheddar cheese atasnya. Boleh dihidangkan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x