Kalau dapat Kerabu Mangga, dimakan pula dengan nasi, fuh rasa nya sangat sedap. Bukan itu sahaja, nak ratah macam tu sahaja pun boleh tau. Pun sedap juga. Peminat makan Thai wajib cuba resepi kali ini, mesti puas hati.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Asma Nordin perkongsian resipi Kerabu Mangga Ala Thai ini 🙂
Bahan-bahan:
Udang kering (Disangai dan kisar kasar atau ditumbuk)
Kacang goreng (Ditumbuk)
Bawang merah (Dihiris)
Serai
Cili padi
Air limau nipis
Daun kesum
Bunga kantan
Sos sotong atau ikan
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
- Mula-mula, semua bahan perlu diracik atau dihiris atai dimayang halus.
- Kemudian, campurkan sekali kesemua bahan tersebut.
- Pastikan untuk gaul sehingga sebati.
- Akhir sekali, sesuaikan mengikut cita-rasa sendiri. Boleh dihidangkan.
Kalau nak lagi sedap, boleh sahaja lebihkan udang kering atau nak letak daun ketumbar pun boleh.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asma Nordin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity