Ini bukan Maggi 2 minit siap. Maggi ni mungkin nampak lama dimasak, tapi hasilnya memang confirm sedap. Lagi-lagi bila dimakan tengah malam waktu semua orang tidur. Jom cuba!
Terima kasih Norliana Manap untuk perkongsian resipi Maggi Kari Kaw ini 🙂
Bahan-bahan:
Maggi kari
Telur
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Daun kari
Rempah kari Ayam/ Daging
Cara memasak:
- Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari.
- Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing.
- Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula.
- Tambah air, tak perlu banyak sangat. Masukkan telur, jangan kacau, biar je dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang slow. Bila dah dapat tekstur telur yang diingi, boleh angkat telur dan ketepikan.
- Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sotong dan cili padi.
- Kacau dan hidangkan dengan telur goyang tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norliana Manap (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos