fbpx

Resipi Mee Kuah Air Tangan Arwah Bapa, Sedapnya Tiada Tandingan

iCookAsia

Memang sukar nak lawan air tangan ibu atau bapa kan? Meski resipi diturunkan mengikut setiap langkah, namun rasanya tetap tidak sama. Itu namanya air tangan. Macam kisah Rossa Maryan, air tangan arwah bapa memasak Mee Kuah memang tiada tandingan.

Jika di Kuala Lumpur memang sukar nak dapatkan Mee Kuah, namun masakan ini cukup popular di Kelantan. Semoga resipi yang diturunkan ini dapat menjadi asbab ganjaran pahala buat arwah bapa Rossa.

“Malam-malam masak mee kuah sebab teringin pnyer pasal.. Kat kl ni kalau pergi kedai makan kalau mintak mee kuah tak ada yang tau. Kalau dekat kelantan memang popular mee ni mana-mana kedai masakan panas memang ada lah menu ni.. Cume cara dan rasa mungkin berbeza.. Bila makan mee ni mesti akan teringat arwah ayah sebab die orang paling suke makan mee kuah ni.. Dulu-dulu kalau nak makan mesti suruh die yang msk…siap cakap lagi dengan mak biar ayah yang masak sebab ayah masak mee ni memang org lain tak boleh lawan lah.. Tapi sekarang, sejak dia dah kembali ke negeri abadi hanya tinggal kenangan.. Lepas die takda baru usaha nak makan masak sendiri.. Ni resepi arwah ayah yang ajar cume resepi ni saya tukar sikit je sbb arwah ayah tak suka bubuh kicap manis.. Semoga dengan share resepi ini pahala mengalir kepadanya kat alam sana..Rindu sangat.. Al-fatihah ayah..

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan udang kering.

Potong ayam kecil-kecil, sotong, fishball, fishcake. Kalau ada udang lagi sedap

Sayur ikut suka nak letak sayur apa. Saya masukkan pakchoy, bunga kobis dan tomato.

Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Kemudian masukkan cili kisar 1 sudu besar.

Dah garing, masukkan ayam dan goreng sehingga masak.

Ayam dah masak, baru masukkan lauk yang lain

Apabila lauk sudah masak, masukkan sos tiram 2 sudu besar, sos cili 2 sudu besar dan sedikit kicap manis. Kicap jangan banyak nanti kurang sedap.

Lepas tu masukkan air. Ikut suka nak kuah banyak mana. Kemudian perasakan dengan garam. Boleh masukkan sos ikan dan kiub pati ayam. Selepas mendidih, masukkan sayur.

Selepas itu masukkan mee. Basuh dahulu mee supaya pahit kapur hilang.

Selepas kuah mendidih, masukkan telur. Jangan pecahkan telur kuning.

Kemudian hidangkan dengan bawang goreng dan limau nipis.

Sumber : Rossa Maryan

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x