Mesti terfikir nak buat apa untuk sarapan kan? Buat hidangan yang simple pun dah okay sebenarnya. Apa kata cuba buat Lempeng Pisang. Mesti anak-anak di rumah suka ni. Sangat mudah nak buat, memang puas hati makan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Noriza Awang Hamat  perkongsian resipi Lempeng Pisang ini 🙂
Bahan-bahan:
8 biji pisang yg masak ranum (Apa-apa pisang pun boleh)
1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar Planta dicairkan terlebih dahulu
1/2 cawan kelapa parut
1 biji telur
3 sudu besar gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
Cara membuat:
- Mula-mula, lenyekkan pisang.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
- Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
- Akhir sekali, dah boleh mula melempeng.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noriza Awang Hamat(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity