fbpx

Resipi Nasi Daging Utara, Wajib Cuba Tau Dengan Daging Yang Sangat Lembut!

iCookAsia

Siapa di sini suka makan Nasi Daging Utara? Sedap tau, ini adalah antara hidangan yang mesti dicuba. Dengan daging dan nasi yang sangat lembut, lagi nikmat nak makan. Admin nak ajak anda semua cuba resepi ini juga hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Norzy Yusuff perkongsian resipi Nasi Daging Utara ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Daging direbus empuk (ketepikan)

Rendam beras Basmathi 3 pot selama 30 minit

Bahan B (Tumisan):

2 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak

Bahan C:

2 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

3 inci halia

(mayang halus bahan)

Bahan D:

4 sekawan (kulit kayu manis/bunga lawang/bunga cengkeh/buah pelaga)

2 sudu rempah kurma

2 helai daun pandan

2 biji tomato

3/4 tin susu cair

3/4 sudu penuh garam

Sedikit cukup rasa

Air rebusan daging

Daun ketumbar

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumiskan 4 sekawan, bahan C yang telah dimayang.
  2. Garingkan dan masukkan daun pandan dan rempah kurma.
  3. Kemudian, masukkan air rebusan air 4 1/2  cawan pot yang sama dan susu cair. Didihkan sekejap serta masukkan garam, cukup rasa dan tomato.
  4. Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk.
  5. Akhir sekali, jika nasi sudah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan jadi gebu dan wangi.

Nota tambahan:

  1. Nasi tersebut jangan dikacau sewaktu sedang masak untuk elakkan beras patah.
  2. Resepi nasi ini lembut sikit, kalau inginkan nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norzy Yusuff(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x