fbpx

Resipi Paprik Ayam Gerenti Sedap.

iCookAsia

Masakan paprik memang sedap kan, sesuai digandingkan bersama ayam, daging, sotong ataupun udang. Gabungan rasa pedas, masam dan manisnya cukup membuka selera.

 

Bahan :

Ayam – potong kecil

Kobis bunga – hiris

Lobak merah – hiris

1 ulas Bawang merah – hiris

4 biji Cili api – hiris

1 ulas Bawang holland – potong 8

1 sb Cili kering

Daun limau purut

Sos tiram

Kicap

1/2 sb Tepung jagung

Perasa

Garam

 

Cara :

  1. Tumis ayam dan letakkan sedikit air. Masak sehingga ayam sedikit kecut dan ketepikan bersama air rebusan tadi.
  2. Tumis cili kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api. Gaul rata.
  3. Masukkan ayam bersama air rebusan tadi. Letakkan sedikit kicap, sos tiram, garam dan perasa.
  4. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah.
  5. Kemudian masukkan sayur dan bawang holland. Tutup sebentar.
  6. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Zura Dzn

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x