fbpx

Resipi Pucuk Ubi Goreng Cili Api, Mudah Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Kalau dapat makan Pucuk Ubi dengan nasi panas pun dah nikmat rasanya. Cara nak buat hidangan ini pun mudah sahaja dan hanya memerlukan bahan yang senang untuk didapati. Ada lauk ini pun dah lengkap menu makan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Dayang Senandung Azila perkongsian resipi Pucuk Ubi Goreng Cili Api ini 🙂

Bahan-bahan:

Pucuk ubi

Cili api

Belacan

5-6 ulas bawang merah kecil

Bawang putih

Ikan bilis

Sos tiram

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pucuk ubi yang muda tidak perlu direbus atau dicelur. Jika pucuk ubi tua, perlu direbus sekejap.
  2. Kemudian, tumbuk kasar cili api, belacan, bawang merah kecil dan bawang putih.
  3. Campurkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
  4. Panaskan minyak dan tumis sampai naik bau dengan pecah minyak.
  5. Akhir sekali, masukkan pucuk ubi dan letakkan air sikit sahaja. Letakkan sos tiram supaya pekat. Kacau-kacau sampai dah nak kering. Tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar:Dayang Senandung Azila(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x